waaa...
lagi 42 jam sahaja sebelum segala-galanya terjawab
segala titik peluh ku
segala penat lelahku
apakah ianya akan terjawab ?
ku masih ingat...
ketika itu kelas amat sunyi...sehingga tidak dapat digambarkan dengan kata-kata
ku lihat rakan-rakan ku terkulai layu
kepenatan setelah membuat latihan2 add maths yang memrah otak
Ah , tidur sekejap laa..pnat la..bisik hatiku kecil
tetapi tidak
ku lawan hasutan-hasutan itu
skit sahaja lagi zharif
lil bit more and it's over
bukan sekali atau sehari perkara sebegini berlaku
tetapi setiap hari , setiap subjek
ku masih ingat saat2 ku menjadi orang pertama yang sampai ke blok akademik setiap malam..dan ku jugalah yang menjadi orang terakhir yang meninggalkannya...setiap malam juga
ku masih ingat
saat di mana ak hampir berputus asa suatu ketika dahulu dengan kertas bio ku
tetapi ku tidak pernah mengalah
ku baca setiap buku yang ada , dan ku buat setiap latihan yang diberi
ku ingat lagi perasaan kemenangan yang ku dakap tatkala ku berjaya mendapat tempat pertama di dalam batch untuk peperiksaan pertengahan tahun..
dan juga percubaan pertama ku
dan juga yang kedua
Ah !
Apakah perasaan yang sama akan ku dapat rabu ini ?
No comments:
Post a Comment