Friday, April 22, 2011

Eating Habits





Tertarik dengan kenyataan Rasulullah SAW dalam buku Khal Tamar Plus, Rasululah memberi amaran bahawa "perut adalah punca penyakit". Jadi salah satu ikhtiarnya adalah melalui amalan Khal. Namun, nampaknya saya juga tertarik dengan amalan pemakanan Rasulullah. Bagi orang Islam, Nabi SAW adalah contoh terbaik, setiap perbuatan Nabi SAW mempunyai sebab tersendiri, dilakukan atas jagaan ilmu Maha Mengetahui.

Setelah google banyak artikel/blog kesihatan, ini hasilnya untuk nota sendiri dan sebaran. Namun begitu, tiada rekod/citation sumber asal dicatatkan (jadi kesahihan tips ini masih boleh diragukan, wallahualam).

Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari.

1. Jangan Makan/Minum
Susu bersama salah satu (atau semua) berikut; Daging, Ikan, Ayam, Cuka, Buah
Ikan bersama salah satu (atau semua) berikut; Daging, Telur, Daun salad

2. Cara Makan
Makan hanya cukup sekadar untuk menghilangkan lapar. Jika mahu makan lebih: sediakan 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk cecair/air, 1/3 untuk udara/bernafas.

Tidak makan buah selepas hidangan berat (eg: nasi, gandum, roti). Hanya makan buah sebelum menjamah makanan lain. Buah segar merupakan makanan pra-cerna,boleh masuk terus dari perut ke usus. Jika dimakan bersama makanan lain (eg: buah bertemu makanan lain dalam perut), buah akan terperangkap, bercampur dalam perut, biasanya mengakibatkan fermentasi (proses menghasilkan tenaga tanpa oksigen) buah dan segala makanan dalam perut berlaku secara sendiri.

Tidur sejam setelah makan tengahari (sebelum waktu zohor)

Dilarang meninggalkan makan malam. Jika abaikan? Kekurangan nutrisi menambah risiko penuaan (dimakan usia/aging) dan peningkatan berganda kolesterol dalam badan.

Kitab-kitab perubatan Islam melarang makan bersama/mencampur makanan darat (ion positif) bersama makanan laut (ion negatif). Menurut kajian, ion+ dan ion- menghasilkan tindakan biokimia yang boleh memudaratkan usus manusia.

Makan menggunakan tangan kanan dan dijilat jari. Jari menghasilkan enzim 10 kali ganda lebih banyak berbanding air liur dalam membantu dalam proses pencernaan makanan.

Tunggu makanan dimasak sejuk sedikit sebelum dimakan. Tiada keberkatan dalam makanan yang dimakan panas-panas.

Mengambil sedikit/secubit garam sebelum makan. Garam (NaCl) terdiri dari Natrium (sodium) klorida (chloride). Klorida yang terdapat dalam garam merupakan klorida yang sama dirembeskan dalam perut (klorida dalam asid hidroklorik, yang penting untuk pencernaan makanan). Jadi, pengambilan garam sebelum makan membolehkan badan menghasilkan hidroklorik asid mencukupi bagi mencernakan makanan. Kebanyakan efek negatif garam seperti diwarwarkan dunia kini adalah berpunca dari lebihan natrium, bukan klorida.

3. Cara Minum
Tidak minum air segelas dalam satu nafas sahaja. Sebaliknya minum seteguk-seteguk selang seli bernafas sambil duduk.

Tidak minum ketika sedang menjamah makanan. Sila minum sebelum/selepas makan.

Jika lalat jatuh dalam air minuman. Selamkan 100% lalat tersebut ke dalam air. Kemudian buang lalat tersebut. Terdapat sel longitudinal (sel yis) hidup menumpang (parasit) dalam badan lalat dengan sebahagian mencelah di setiap tubula (rongga) respirasi (pernafasan) lalat. Jika lalat diselam, perubahan tekanan osmosis air akan menyebabkan sel ini pecah/meletup membebaskan antidot bagi melawan patogen dalam badan lalat.

3. Lain-lain Sunnah Amalan Pemakanan Sihat
Bersugi sebelum dan selepas makan. Malah Nabi SAW juga bersugi sebelum setiap kali menunaikan solat fardhu.

Makan makanan "whole foods" (makanan yang mengekalkan sebatian asal, bukan makanan proses). Makan makanan yang ada dalam musimnya. Tidak mencampur sejenis makanan bersama sejenis makanan lain sesuka hati. Kini hanya 25% penduduk dunia yang masih makan "whole foods".

Tidak mencari kesalahan dalam hidan
gan. Jika suka, Nabi SAW akan makan. Jika tidak suka, Nabi SAW akan menolak dengan baik.



6 Rahsia bermula disini
1. Hal pertama yang menjadi menu seharian Rasulullah adalah udara segar di subuh hari.
udara pagi kaya dengan oksigen dan belum terkotori oleh zat-zat lain.
jika tidak bangun di subuh hari, kita menjadi terasa begitu malas untuk beraktiviti.
2. Rasulullah menggunakan siwak untuk menjaga kesihatan mulut dan giginya.
3. Lepas Subuh, Rasulullah bersarapan dengan segelas air yang dicampur dengan madu asli.
Khasiatnya luar biasa. tersebut Dalam Al qur`an, kata “syifa” / kesembuhan, yang dihasilkan oleh madu ini.
4. menjelang waktu dhuha, Rasulullah akan makan tujuh biji kurma ajwa`/matang.
Sabda baginda, barang siapa yang makan tujuh butir kurma, maka akan terlindungi dari racun. Dan ini terbukti ketika seorang wanita yahudi menaruh racun dalam makanan Rasulullah dalam sebuah percubaan pembunuhan di perang khaibar, racun yang tertelan oleh beliau kemudian dineutralkan oleh zat-zat yang terkandung dalam kurma.
Bisyir ibnu al Barra`, salah seorang sahabat yang ikut makan racun tersebut, akhirnya meninggal.
Tetapi Rasulullah selamat. rahsianya? Tujuh butir kurma!
Mengapa Tujuh? (cuba Baca : misteri Di SeBalik Keistimewaan Angka 7)
5. Menjelang tengah hari, menu Rasulullah selanjutnya adalah cuka dan minyak zaitun.
cuka dan minyak zaitunnya ini akan di disulami makanan seperti roti misalnya.
Manfaatnya boleh mencegah lemah, tulang rapuh di hari tua, melancarkan sembelit, menghancurkan kolesterol dan melancarkan pencernaan.
Ia juga berfungsi untuk menncegah kanser dan menjaga suhu badan di musim dingin.
6. Di malam hari, menu utama Rasulullah adalah sayur-sayuran.
Beberapa riwayat mengatakan, beliau selalu mengambil al makki dan sanut.
Di mesir, kata Dr. Musthofa, keduanya mirip dengan sabbath dan ba`dunis. Masih tidak kenal juga?
Dr. Musthofa kemudian menjelaskan, secara umum sayur-sayuran memiliki kandungan zat dan fungsi yang sama, iaitu memperkuat daya tahan tubuh dan melindunginya dari serangan penyakit.
Yang paling penting adalah menghindari isrof, atau berlebihan.
Sabda Rasulullah, “cukuplah bagi manusia itu beberapa suap makanan, kalaupun harus makan, maka sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk air minumnya dan sepertiga lagi untuk nafasnya” (al hadis).
- “ghidza`unnabi” oleh Prof. Dr. Musthofa Romadlon



this is not written by me okay , copy and paste je haha 

Motivation

Optimism


Thomas Edison gagal lebih daripada seribu kali pada cubaanya menghasilkan mentol lampu.Hakikatnya dia pernah berkata,"Saya bukan gagal sebanyak seribu kali seperti yang dikatakan ramai orang.Sebaliknya,Saya telah berjaya menemui 1000 sebab yang tidak menghasilkan mentol lampu."


Genius 


"Genius ialah 1% ilham, 99% keringat." - Thomas Alva Edison, Bulanan Harper (September 1931)"


By the end of the day , it's hard work , determination , perseverance and perspiration that matters . Luck ? Don't worry , the harder you work , the luckier you'll get . 


Cheers ! 


Have a good day !